Dota 2

Valve Umum Penangguhan Kejohanan Dota 2, The International 10

3 bulan lalu

Valve Umum Penangguhan Kejohanan Dota 2, The International 10

Ulangtahun ke-10 kejohanan The International kini menjadi mangsa terbaru wabak COVID-19. Valve hari ini mengumumkan bahawa kejohanan terpenting musim kompetitif Dota 2 itu terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan semasa.

Valve mendedahkan bahawa selepas wabak COVID-19 melanda dunia, mereka cuba mencari tarikh baharu bagi penganjuran TI10 namun melihat kepada keadaan semasa yang tidak menentu, sekatan perjalanan yang diwartakan kerajaan serata dunia, Valve tidak yakin mereka mampu memilih sebarang tarikh tetap baharu penganjuran dalam masa terdekat ini.

Menurut Valve, besar kemungkinan kejohanan The International 10 akan terpaksa dianjurkan pada tahun 2021 kelak. Namun begitu, kompendium dan battlepass bagi kejohanan tersebut masih akan dilancarkan pada tahun ini dan 25% peratus jualan masih akan menyumbang kepada jumlah hadiah kejohanan itu kelak.

Penstrukturan semula baki musim DPC tahun ini juga sedang diusahakan Valve bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Maklumat lanjut berkaitan dengan perihal ini akan dikongsikan dalam masa terdekat.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments