Fortnite

Tiada Penganjuran Piala Dunia Fortnite Tahun Ini Umum Epic Games Berikutan Wabak COVID-19

7 bulan lalu

Tiada Penganjuran Piala Dunia Fortnite Tahun Ini Umum Epic Games Berikutan Wabak COVID-19

Penganjuran acara fizikal masih lagi mustahilpada ketika ini berikutan dengan wabak COVID-19 menyebabkan pelbagai acara diselru dunia yang telah dirancang kini ditangguhkan atau dibatalkan.

Turut terkesan, Epic Games hari ini telah berkongsikan perancangan mereka bagi arena kompetitif Fortnite untuk baki tahun ini. Semua acara esukan Fortnite kini akan dianjurkan secara dalam talian. Oleh yang demikian, penganjuran Piala Dunia Fortnite 2020 kini dibatalkan kerana penganjuran acara rentas rantau adalah mustahil untuk dilaksanakan tanpa memberikan kesan terhadap integriti kejohanan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, Epic Games berharap untuk kembali menganjurkan Piala Dunia Fortnite pada tahun 2021 kelak sekiranya keadaan mengizinkan. Sementara itu, Epic Games juga mengeluarkan tatacara penganjuran kejohanan pihak ketiga bagi permainan Fortnite dengan mewajibkan sebarang kejohanan dianjurkan secara dalam talian sejajar dengan keadaan semasa dunia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments