Catalyst Black

Catalyst Black Adalah Nama Rasmi Bagi Project Spellfire – Permainan Baharu SEMC, Pembangun Vainglory

3 bulan lalu

Catalyst Black Adalah Nama Rasmi Bagi Project Spellfire – Permainan Baharu SEMC, Pembangun Vainglory

Pembangun disebalik permainan Vainglory, Superevil Megacorp (SEMC) kini telah memperkenalkan dan memperlihatkan permainan terbaru mereka iaitu Catalyst Black.

Dikenali sebagai Project Spellfire sebelum ini, Catalyst Black merupakan permainan tembak-menembak pertempuran berpasukan dengan sudut pandang atas. Permainan ini dibina dengan menggunakan engin ‘Evil’ yang turut digunakan oleh permainan Vainglory dan turut sokongan rentas-platform termasuklah penggunaan papan kekunci dan tetikus.

Bersama-sama dengan pengumuman nama rasmi permainan ini, SEMC turut memperlihatkan video rakaman permainan pra-alfa. Tiada tarikh pelancaran diummkan pada ketika ini namun SEMC mensasarkan untuk melancarkan Catalyst Black pada tahun ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments