Esukan Penstriman Twitch

Twitch Memperkenalkan Direktori Esukan – Memudahkan Pencarian Strim Kejohanan Semasa

3 bulan lalu

Twitch Memperkenalkan Direktori Esukan – Memudahkan Pencarian Strim Kejohanan Semasa

Twitch hari ini memperkenalkan direktori baharu bagi memudahkan pengguna mencari dan menonton kandungan esukan di laman tersebut.

Twitch merupakan pendahulu di dalam arena penstriman dan saban hari pelbagai kejohanan esukan distrim secara langsung di laman tersebut. Namun begitu, penstrim permainan video dan strim umum lainnya juga memenuhi laman tersebut dan setanding popular dengan strim kejohanan esukan.

Oleh yang demikian, pengguna yang mahu menonton kejohanan esukan perlu melihat dengan teliti untuk mencari strim tertentu di laman tersebut menyebabkan beberapa laman web pihak ketiga seperti Popdog.com dan Juked.gg (kedua-dua dibangunkan oleh bekas staf Twitch) diwujudkan bagi memudahkan penonton esukan, memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan Twitch ini.

Melihat kepada keadaan ini, Twitch akhirnya hadir dengan direktori khas untuk esukan sekaligus memudahkan pengguna mereka yang kini tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan pihak ketiga. Melalui direktori baharu ini, penguna bukan sahaja boleh mencari strim langsung kejohanan esukan, malah boleh mencari video-atas-permintaan (VOD) kejohanan lalu dan strim peribadi pemain profesional.

Laman direktori ini boleh diakses di pautan twitch.tv/directory/esports.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments