Legends of Runeterra

Kemaskini 1.0 Hadir Bagi Legends of Runeterra, Kini Boleh Mulai Dimainkan Umum

3 bulan lalu

Kemaskini 1.0 Hadir Bagi Legends of Runeterra, Kini Boleh Mulai Dimainkan Umum

Menjelang pelancaran rasmi pada 1 Mei depan, Legends of Runeterra hari ini hadir dengan kemaskini 1.0 sebagai persedia awal.

Kemaskini ini telah hadir sepenuhnya bagi klien PC dan akan dilancarkan secara berperingkat bagi platform Android dan iOS. Pelancaran 1.0 ini juga membolehkan permainan kad digital oleh Riot Games ini kini diakses semua pemain global (kecuali Vietnam dan China).

Papan permainan baharu ‘Slaughter Docks‘.

Walaupun akaun Riot Games tidak diperlukan bagi memainkan permainan ini di platform mudah alih, pemain digalakkan untuk mendaftar dan menggunakan akaun Riot Games kerana ia diperlukan jika anda mahu bermain secara rentas-platform.

Kemaskini 1.0 Legends of Runeterra ini memperkenalkan pek penambahan Rising Tides yang membawa rantau baharu ‘Bilgewater‘, sebuah set dengan 120 kad baharu dan 11 champion baharu untuk dimainkan. Bagi anda yang berminat, nota lengkap kemaskini ini boleh dibaca di pautan ini.

Para pemain juga boleh menebus hadiah khas ‘Moonstruck Poro Guardian’ bersempena dengan pelancaran rasmi Legends of Runeterra ini di dalam permainan bagi tempoh terhad iaitu sebelum 8 Mei depan.

Muat-turun: Legends of Runeterra

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments