League of Legends

Kejohanan LoL Mid-Season Invitational 2020 Dibatalkan

3 bulan lalu

Kejohanan LoL Mid-Season Invitational 2020 Dibatalkan

Akibat daripada pandemik COVID-19 yang masih lagi menghantui dunia pada ketika ini, penganjuran kejohanan League of Legends Mid-season Invitational 2020 kini telah dibatalkan.

Keputusan tersebut diambil oleh Riot Games selepas mengambil kira pelbagai halangan dan langkah keselamatan yang wujud pada ketika ini akibat daripada langkah kerajaan seluruh dunia untuk membendung penyebaran wabak pandemik tersebut.

Riot Games telah mendapatkan nasihat daripada pengkaji risiko pihak ketiga dan mendapati bahawa penganjuran yang dijadualkan utnuk berlangsung pada bulan Julai ini adalah tidak wajar dilakukan bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat.

Oleh yang demikian, Riot Games turut mengumumkan perubahan kepada sistem jemputan bagi kejohanan League of Legends World Championship 2020 sejajar dengan kesan pembatalan MSI 2020. China dan Eropah menerima satu slot tambahan menjadikan slot keseluruhan mereka berjumlah sebanyak 4 slot.

Vietnam (VCS) menerima slot tambahan menjadikan dua slot keseluruhan manakala Asia Tenggara (PCS) menerima dua slot keseluruhan. Berikut adalah pembahagian lengkap slot Worlds 2020:

  • LPL (China), LEC (Eropah) 4 Pasukan/Liga
  • LCK (Korea), LCS (Amerika Utara) : 3 Pasukan/Liga
  • PCS (Asia Tenggara), VCS (Vietnam): 2 Pasukan/Liga
  • CBLOL (Brazil), TCL (Turki), LJL (Jepun), LLA (AmeriKa Latin), OPL (Oceania), LCL (Komanwel Negara-negara Merdeka – CIS) : 1 Pasukan/Liga

League of Legends World Championship akan dianjurkan di China pada tarikh yang belum lagi diumumkan. Riot Games merancang untuk menganjurkan kejohanan terbaik mereka bagi menyambut ulangtahun ke-10 permainan itu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments