CSGO

Kod Sumber Bagi CS:GO Dan Team Fortress 2 Dilaporkan Tertiris

5 bulan lalu

Kod Sumber Bagi CS:GO Dan Team Fortress 2 Dilaporkan Tertiris

Sebuah fail torrent mengandungi kod sumber bagi permainan Counter-Strike:Global Offensive dan Team Fortress 2 telah dikongsikan dilaman 4Chan hari ini.

Kod sumber tersebut dilaporkan adalah binaan dari tahun 2017 dan fail torrent tersebut juga mengandungi log perbualan di antara Tyler Mcvicker yang terkenal dengan saluran Youtube, Valve News Network dan seseorang yang dianggap adalah pekerja dari Valve Software.

Oleh yang demikian, ramai yang menganggap Tyler Mcvicker adalah sumber bagi ketirisan ini. Tyler Mcvicker menerusi kenyataan beliau menafikan perkara ini dan berkata bahawa ia adalah cubaan sesebuah pihak untuk meletakkan kesalahan ke atas diri beliau bagi tujuan membalas dendam.

Menurut Tyler, ketirisan kod sumber ini sebenarnya terjadi pada penghujung tahun 2018 dan menafikan bahawa beliau pernah memiliki atau mengakses kod sumber tersebut. Tyler juga telah berkongsikan segala maklumat yang dimiliki beliau dengan pihak guaman Valve.

Paparan memperlihatkan permainan CS:GO telah dikompil dari kod sumber yang tertiris.

Beberapa pihak telah pun mengkompilkan fail sumber ini dan menjalankan binaan permainan CS:GO mengesahkan ketulenannya. Sebuah eksploit RCE(Remote code execution) juga dilaporkan telah hadir bagi permainan Team Fortress hasil ketirisan ini. Ia juga dilaporkan adalah sumber bagi beberapa lagi eksploit lainnya yang telah hadir bagi permainan tersebut beberapa bulan kebelakangan ini.

Kemaskini: Kerentanan RCE yang dilaporkan adalah tidak benar. Namun begitu pemain dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi daripada Valve mengenai tahap keselamatan permainan yang terlibat.

Kemaskini 2: Pembangun disebalik permainan CS:GO mengumumkan bahawa mereka telah meneliti kod yang tertiris dan mendapati bahawa tiada sebab untuk pemain risau akan tahap keselamatan bagi binaan semasa CS:GO.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments