Call of Duty

Call of Duty Mobile Mengumumkan Penganjuran Kejuaraan Dunia – COD:M World Championship 2020

4 bulan lalu

Call of Duty Mobile Mengumumkan Penganjuran Kejuaraan Dunia – COD:M World Championship 2020

Activison dan Tencent Games hari ini mengumumkan permulaan kepada arena kompetitif bagi permainan mudah alih Call of Duty: Mobile dengan penganjuran kejohanan COD:M World Championship 2020.

Bekerjasama dengan Sony Xperia, pusingan kelayakan akan bermula pada 30 April UTC sehingga 24 Mei UTC. Pusingan kelayakan ini akan dilaksanakan setiap minggu secara dalam permainan selama empat minggu dan terbuka bagi mereka dengan ranking Veteran dan keatas. Pemain akan bertanding di dalam mod permainan beranking dan pemain yang berjaya memperoleh 80 mata dalam 10 perlawanan pertama akan mara ke pusingan kedua kelayakan.

Bagi pusingan kedua, pemain dikehendaki membentuk pasukan bersama pemain lain yang turut melepasi pusingan kelayakan pertama. Perincian lanjut mengenai pusingan ini dan seterusnya akan dikongsikan tidak lama lagi. Setiap pusingan kelayakan ini juga memberikan pemain hadiah penyertaan di dalam permainan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments