CSGO Dota 2

CS:GO Atasi Rekod Pemain Serentak Tertinggi Dota 2 Di Steam

18/04/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

CS:GO Atasi Rekod Pemain Serentak Tertinggi Dota 2 Di Steam

Bacaan: < 1 minit

Bermula pada pertengahan tahun 2019 yang lalu, permainan Counter-Strike: Global Offensive mulai memperlihatkan peningkatan pemain. Menjelang awal tahun 2020 ini, peningkatan ini semakin ketara dan CS:GO mulai memecahkan rekod pemain serentak mereka.

Dengan penduduk seluruh dunia terkurung di rumah masing-masing menghindari wabak COVID19, ramai yang memilih untuk meluangkan masa bermain permainan video dan mungkin trend ini turut membantu peningkatan jumlah pemain bagi CS:GO.

CS:GO akhirnya berjaya menundukkan permainan kesayangan Gaben iaitu Dota 2 dengan mengatasi rekod pemain serentak tertinggi permainan itu hari ini. Rekod pemain serentak tertinggi bagi Dota 2 iaitu seramai 1,295,114 orang pada tahun 2016 lalu telah dipintas oleh CS:GO yang berjaya merekodkan pemain serentak berjumlah 1,301,348 orang.

Walaupun begitu, permainan dengan rekod pemain serentak tertinggi di laman Steam masih kekal menjadi milik PlayerUnknown’s Battlegrounds dengan jumlah 3,257,248 orang. CS:GO kini berada di tangga kedua diikuti oleh Dota 2 yang turun ke tempat ketiga.