Riot Games

Riot Games Mengambil Alih Hypixel Studios, Pembangun Disebalik Permainan Hytale

7 bulan lalu

Riot Games Mengambil Alih Hypixel Studios, Pembangun Disebalik Permainan Hytale

Walaupun sibuk dengan pelancaran beberapa permainan baharu mereka pada tahun ini, Riot Games masih lagi mahu meluaskan katalog permainan mereka dengan kini mengumumkan pengambil alihan Hypixel Studios yang terkenal dengan permainan Hytale.

Hypixel Studios bagaimanapun akan kekal beroperasi sebagai syarikat tersendiri dengan Riot Games menjadi syarikat ibu mereka. Pengambil alihan ini juga tidak melibatkan Hypixel Inc, syarikat yang mengendalikan pelayan Minecraft Hypixel.

Aaron “Noxy” Donaghey juga akan mengambilalih tugas sebagai CEO baharu bagi Hypixel Studios mengantikan Simon Collins-Laflamme yang kini menjadi penasihat syarikat.

Hytale

Hypixel Studios juga mengumumkan akan membuka ibu pejabat baharu bertempat di Derry~Londonderry, Northern Ireland. Mereka juga sedang mencari lebih 20 staf baharu bagi membantu pembangunan permainan Hytale yang dirancang untuk dilancarkan menjelang tahun 2021.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments