League of Legends

League of Legends Memperlihatkan Skin Kejuaraan FunPlus Phoenix

16/04/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

League of Legends Memperlihatkan Skin Kejuaraan FunPlus Phoenix

Bacaan: < 1 minit

Setiap tahun, juara bagi kejohanan League of Legends World Championship akan menerima koleksi skin khas bagi memperingati kejayaan mereka. Setiap pemain boleh memilih karekter yang mahu diberikan skin tersebut dengan syarat mereka pernah memainkannya sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagi edisi 2019 lalu, pasukan FunPlus Phoenix menjadi juara kejohanan tersebut selepas menewaskan pasukan G2 Esports di kota Paris. League of Legends kini telah memperlihatkan set kejuaraan PFX tersebut yang bertemakan burng Phoenix, selari dengan nama pasukan.

FPX telah memilih karekter Gangplank, Lee Sin, Malphite, Vayne dan Thresh untuk menerima skin kejuaraan mereka. Seperti set kejuaraan lainnya, ia hanya akan didapati bagi tempoh masa terhad sahaja.