Valorant (Project A)

Adakah Riot Games Merancang Untuk Melancarkan Valorant Ke Peranti Mudah Alih?

16/04/2020 2 minit bacaan

Penulis:

Adakah Riot Games Merancang Untuk Melancarkan Valorant Ke Peranti Mudah Alih?

Bacaan: 2 minit

Riot Games telah merancang untuk melancarkan beberapa permainan mudah alih pada tahun ini seperti Teamfight Tactics, Legends of Runeterra dan League of Legends: Wild Rift.

Namun begitu, permainan FPS mereka, Valorant yang pada ketika ini berada di dalam fasa ujian beta tertutup dan ditonton jutaan orang setiap hari di laman Twitch bukanlah salah satu daripadanya. Riot Games telah menyatakan bahawa mereka akan memfokuskan Valoran bagi platform PC sahaja dan tiada perancangan bagi melancarkan ia untuk platform lain seperti konsol dan mudah alih.

Sumber: Spacixr

Walaubagaimanapun, permainan itu didapati mempunyai mod permainan tablet tersembunyi. Seorang peserta ujian beta mendapati bahawa ketika beliau cuba melancarkan Valorant dengan mod tablet aktif pada komputer riba beliau, permainan itu dilancarkan dengan paparan tablet lengkap dengan butang pada-skrin.

Butang-butang kawalan ini didapati berfungsi dan permainan boleh dimainkan tanpa sebarang masalah. Walaupun ini bukanlah petanda bahawa Valorant akan dilancarkan untuk peranti mudah alih dan mungkin mod ini hanya untuk tujuan pembangunan dalaman sahaja, peluang untuk melihat ia dilancarkan secara rasmi ke peranti mudah alih kelak adalah amat cerah.

Selain itu, penggali data juga telah mendapati bahawa fail permainan Valorant mengandungi ikon khas bagi peranti mudah alih, mengukuhkan lagi teori bahawa Riot Games merancang untuk melancarkan Valorant Mobile di masa akan datang.

Valorant sudah sedia menggunakan rekaan ringkas dan mudah memfokuskan prestasi bagi peranti komputer kelas bawahan. Oleh itu, proses mengoptimasi permainan ini bagi peranti mudah alih pasti tidak sesukar permainan lainnya. Dengan besarnya pasaran permainan mudah alih, tidak mustahil Riot Games tertarik untuk turut melancarkan Valorant ke telefon pintar.