Mobile Legends

Perlawanan Akhir MPL Indonesia Musim Ke-5 Capai Lebih 1 Juta Penonton Serentak

8 bulan lalu

Perlawanan Akhir MPL Indonesia Musim Ke-5 Capai Lebih 1 Juta Penonton Serentak

Pasukan Rex Regum Qeon Hoshi berjaya memecahkan rekod Liga Profesional Mobile Legends Indonesia selepas menjadi pasukan pertama meraih dua gelaran juara di liga tersebut. Mereka menewaskan pasukan Evos Legends di perlawanan akhir MPL ID musim ke-5 pada hujung minggu lalu.

Namun itu bukan sahaja rekod yang berjaya dipecahkan oleh musim ini. Perlawanan akhir tersebut juga merupakan perlawanan paling popular di dalam sejarah liga tersebut, jauh mengatasi rekod musim sebelum ini. Pada musim ke-4 lalu, rekod penonton serentak puncak yang berjaya diperoleh MPL ID adalah sebanyak 289,460 orang.

Bagi musim ke-5 ini pula menjelang minggu kelapan musim tetap liga, rekod penonton serentak sudah pun mencapai angka 662,235 orang, lebih dua kali ganda berbanding rekod tertinggi musim ke-4 dan rekod sama bagi kejohanan MLBB World Championship 2019.

Rekod penonton serentak puncak ini terus meningkat di pusingan main habis liga dengan perlawanan akhir diantara RRQ Hoshi dan Evos Legends berjaya mencapai jumlah 1,163,007 penonton serentak, nilai angka yang amat tinggi terutamanya bagi kejohanan yang hanya melibatan pasukan tempatan sahaja (di Indonesia).

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments