Mobile Legends

RRQ Hoshi Adalah Juara MPL Indonesia Musim Ke-5

8 bulan lalu

RRQ Hoshi Adalah Juara MPL Indonesia Musim Ke-5

Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID) Musim ke-5 berakhir semalam dengan gelaran juara dijulang oleh pasukan Rex Regum Qeon Hoshi.

RRQ Hoshi bertemu dengan pasukan Evos Legends di perlawanan akhir pusingan main habis liga. Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada RRQ yang membawa pulang hadiah berjumlah US$63,500.

Kejuaraan ini juga menjadikan RRQ Hoshi pasukan pertama yang berjaya menjadi juara liga sebanyak dua kali. RRQ Hoshi sebelum ini berjaya menjadi juara pada musim ke-2 MPL ID.RRQ Hoshi juga dengan ini melayakkan diri ke kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) 2020.

Pemain RRQ Hoshi, Vyn juga diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dengan rekod kda 17/25/58 bagi kesemua perlawanan.

Foto : Mineski Global/Moonton
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments