Valorant (Project A)

Naib Juara Piala Dunia Fortnite Umum Perpindahan Ke Permainan Valorant

06/04/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Naib Juara Piala Dunia Fortnite Umum Perpindahan Ke Permainan Valorant

Bacaan: < 1 minit

Riot Games bakal memulakan ujian beta bagi permainan FPS taktikal baharu mereka iaitu Valorant tidak lama lagi. Valorant merupakan permainan paling hangat pada ketika ini dan para peserta ujian alfa permainan tersebut rata-rata memuji dan mengangap ia akan menjadi permainan yang berjaya usai ia dilancarkan kelak.

Beberapa personaliti dan pemain FPS profesional telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk cuba menjadi pemain profesional bagi permainan tersebut walaupun ia masih lagi belum dilancarkan, membuktikan kepopularan permainan tersebut. Individu terbaru yang terjun menyertai trend ini adalah Harrison “Psalm” Chang.

Psalm adalah naib juara bagi kategori individu pada kejohanan Piala Dunia Fortnite 2019 membawa pulang lebih USD1.8 juta. Psalm mengumumkan bahawa beliau bakal beralih dari permainan Fortnite kepada Valorant melalui laman Twitter rasmi beliau.

Menurut kenyataan beliau kepada ESPN, beliau percaya bahawa Valorant akan menjadi permainan gergasi seterusnya dan akan dilimpahi dengan bakat-bakat besar. Dengan Riot Games disebalik permainan itu, beliau percaya akan kestabilan arena kompetitif Valorant.

Sumber : ESPN