League of Legends

League of Legends Champions Korea (LCK) Akan Bertukar Ke Model Francais Bermula Musim 2021

06/04/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

League of Legends Champions Korea (LCK) Akan Bertukar Ke Model Francais Bermula Musim 2021

Bacaan: < 1 minit

League of Legends Champions Korea (LCK) merupakan salah antara liga paling kompetitif dan popular di dalam sistem profesional League of Legends. Liga tersebut menarik penonton luar sehingga 5 kali lebih banyak berbanding penonton domestik, yang tidak mahu ketinggalan melihat permainan berkelas tinggi.

Hari ini, LCK akhirnya diumumkan akan turut mengikuti model liga berfrancais seperti LCS, LEC dan LPL. Riot Games telah menyediakan sebuah laman web baharu memperlihatkan sasaran masa perlaksanaan pertukaran sistem ini. Liga berfrancais ini akan dimulakan secara rasmi pada musim 2021 kelak.

Proses permohonan menjadi rakan francais oleh organisasi-organisasi akan dimulakan pada 6 April sehingga bulan September kelak dimana organisasi yang terpilih akan diumumkan. Seperti mana liga francais lainnya, LCK akan turut menggunakan sistem yang sama dimana Riot Korea dan organisasi yang terlibat akan berkongsikan pendapatan liga, perjanjian media dan lain-lain lagi.

Dengan ketiadaan proses penaiktarafan pasukan dan relegasi kelak, LoL Challengers Korea akan dimansuhkan dan ditukar kepada Liga Akademi yang wajib disertai organisasi LCK kelak bagi pembangunan bakat baharu.