Legends of Runeterra

Tarikh Pelancaran Rasmi Legends of Runeterra Di PC dan Mobile Diumumkan – Hadir Dengan Set Kad Baharu

8 bulan lalu

Tarikh Pelancaran Rasmi Legends of Runeterra Di PC dan Mobile Diumumkan – Hadir Dengan Set Kad Baharu

Legends of Runeterra, permainan kad digital yang berkongsikan alam semesta yang sama dengan permainan League of Legends bakal dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei depan untuk platform PC dan peranti mudah alih.

Bersama-sama dengan pelancaran rasmi ini, sebuah rantau baharu dan sebuah set mengandungi 120 kad baharu akan juga diperkenalkan. Namun begitu, Set kad baharu ini akan diperkenalkan lebih awal iaitu pada 29 April melalui kemaskini 1.0.

Permainan ini boleh dimainkan secara rentas platform namun akaun Riot Games diperlukan. Pemain boleh memaut akaun Riot Games di peranti mudah alih di bahagian tetapan bagi mengaktifkannya.

Berikut adalah spesifikasi minimum yang diperlukan bagi memainkan permainan ini:

Windows

  • 64-bit Windows 7, 8.1 / 10
  • Pemproses 3 GHz
  • 4 GB RAM
  • GPU dengan 512MB+ VRAM

Mac OS

  • Tidak disokong.

iOS

  • iOS9
  • Pemproses Arm64
  • NOTA: Peranti dengan 1GB RAM sepreti iPhone 5s, iPhone 6, dan iPad Air 1 tidak digalakkan. Prestasi permainan mungkin akan terjejas.

Android

  • Android OS 5.0
  • 2 GB RAM
  • GPU Adreno 306 dan keatas.

Pemain yang melog-masuk ke dalam permainan LoR sebelum 3:00 PM SGT/PHT pada 8 Mei juga akan menerima hadiah khas eksklusif iaitu Moonstruck Poro Guardian.

Muat-turun: Legends of Runeterra

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments