Valorant (Project A)

Kenali Setiap Karekter Permainan Valorant Dan Abiliti Mereka

3 bulan lalu

Kenali Setiap Karekter Permainan Valorant Dan Abiliti Mereka

Pada musim panas tahun 2020 ini, Riot Games bakal melancarkan permainan tembak-menembak taktikal pandang pertama mereka, VALORANT kepada umum. Seperti permainan taktikal fps terkenal Counter-Strike: Global Offensive, VALORANT juga dimainkan dengan corak permainan yang sama iaitu 5 lawan 5 di dalam mod permainan mematikan bom.

Namun begitu, VALORANT hadir dengan perbezaan tersendiri dimana selain daripada kebiasaanya iaitu pasukan penyerang menentang pasukan penahan, pemain juga perlu memilih karekter unik tersendiri, yang digelar sebagai agen untuk dimainkan. Setiap agen ini mempunyai abiliti dan skill unik masing-masing untuk digunakan semasa perlawanan berlangsung.

Riot Games dilaporkan merancang untuk memperkenalkan 12 agen semasa pelancaran Valorant kelak dan pada ketika ini, 9 daripadanya telah pun dikenali umum. Agen-agen tersebut adalah Breach, Brimstone, Cypher, Jett, Omen, Phoenix, Sage, Sova, dan Viper. Berikut adalah perincian oleh Riot Games mengenai bagi setiap abiliti agen ini :

BREACH

Sweden (Pemula/Initiator)

Breach menembak letupan kinetik yang boleh disasarkan untuk membersihkan haluan pihak musuh secara agresif. Kecederaan dan gangguan yang dihasilkan beliau menyebabkan perlawanan tidak akan pernah berasa adil.

Breach fires powerful, targeted kinetic blasts to aggressively clear a path through enemy ground. The damage and distruption he inflicts ensures no fight is ever fair.

  • Aftershock
    Mempersiapkan satu caj fusion. Caj tersebut boleh ditembak ke dinding dan sebuah letupan perlahan akan berlaku disebalik dinding tersebut. Ia menyebabkan kecederaan besar kepada pemain yang berada di kawasan tersebut.
    (Equip a fusion charge. Fire the charge to set a slow-acting burst through the wall. The burst does heavy damage to anyone caught in it’s area.)
  • Flashpoint
    Mempersiapkan satu caj yang membutakan. Caj tersebut boleh ditembak ke dinding dan sebuah letupan pantas akan berlaku disebalik dinding tersebut. Pemain yang melihat kearahnya akan buta penglihatan buat sementara waktu.
    (Equip a blinding charge. Fire the charge to set a fast-acting burst through the wall. The charge detonates to blind all players looking at it.)
  • Fault Line (Signature)
    Mempersiapkan satu caj seismik. Tahan butang tembak bagi meningkatkan jarak. Lepas butang tembak bagi memulakan kesan gegaran, membingungkan pemain yang berada di dalam zon tersebut dan barisan kearah zonnya.
    (Equip a seismic charge. HOLD FIRE to increase the distance. RELEASE to set off the quake, dazing all players in it’s zone and in a line-up to the zone.)
  • Rolling Thunder (Ultimate)
    Mempersiapkan satu caj seismik. Tembak bagi menghantar gegaran melata ke dalam sasaran berbentuk kon besar. Menyebabkan kebingunan dan menhentam pemain yang berada di kawasan sasaran.
    (Equip a seismic charge. FIRE to send in a cascading quake through all the terrain in a large cone. The quake dazes dan knocks up enyone caught in it.)
Phoenix – Riot Games

PHOENIX

United Kingdom (Petarung/Duelist)

Kuasa Phoenix menyerlah melalui stail pertarungan beliau, memulakan pertarungan dengan denyar dan suar. Sama ada mempnyai sokongan atau tidak, dia akan meluru bertarung dengan caranya sendiri.

Phoenix’s star power shines through in his fighting style, igniting the battlefield with flash and flare. Whether he’s got backup or not, he’s rushing in to fight on his own terms.

  • Curveball
    Melontar suar dengan trajektori melengkung yang meletupkan cahaya silau selepas seketika, membutakan semua yang melihat ke arahnya. Klik kanan bagi melengkungkannya ke arah kanan, dan klik kiri ke arah kiri.
    (Cast a curving flare that bursts into brilliant light after a brief delay, temporarily blinding all looking at it. Left click curves it left, right click curves it right.)
  • Blaze
    Melontar dinding api yang menghalang pandangan dan mencederakan sesiapa yang melaluinya. Dinding ini boleh dilengkungkan semasa silontar dengan mengerakkan tetikus semasa menahan butang kiri.
    (Cast out a flame wall that blocks vision and damages anyone passing through it. You can bend the wall when casting by turning while holding left click.)
  • Hot Hands (Signature)
    Melontar bebola api yang meletup selepas seketika atau saat impak pada tanah. Zon api tercipta akan menyebabkan kecederaan kepada musuh dan memulihkan diri.
    (Throw a fireball that explodes after a delay or upon impact with the ground. The fire zone damages enemies, and heals you.)
  • Run it Back (Ultimate)
    Menandakan lokasi semasa diri. Jika mati semasa durasi abiliti ini, atau usai durasi berakhir, akan dihidupkan semula pada lokasi ditanda dengan nilai nyawa penuh.
    (Mark your current location. If you die during this ability’s duration, or when this ability’s duration expires, you’ll be reborn at the marked location with full health.)
Jett – Riot Games

JETT

Korea Selatan (Petarung/Duelist)

Stail pertarungan Jett yang lincah dan bersifat mengelak membolehkan beliau mengambil risiko tinggi berbanding agen lain. Belia berlari pantas di sekitar pertarungan, mencantas musuh sebelum mereka sedar mampu menyedarinya.

Jett’s agile and evasive fighting style lets her take risks no one else can. She runs circles around every skirmish, cutting enemies up before they even know what hit them.

  • Cloudburst
    Melontar awan berkabut yang melindung penglihatan usai impak. Menahan butang abiliti ini semasa melontar boleh melengkungkan trajektorinya.
    (Throw out a cloud of fog that obscures vision on impact. Hold down the ability button to bend the cloud’s in-flight trajectory.)
  • Updraft
    Selepas seketika, menerbangkan diri sendiri kearah atas.
    (After a brief wind up, propel yourself upwards.)
  • Tailwind (Signature)
    Meluru pantas dalam jarak dekat pada arah pergerakan.
    (Immediately dash a short distance in the direction you’re moving.)
  • Blade Storm (Ultimate)
    Melengkapi diri dengan beberapa pisau terbang berbahaya yang menyebabkan kecederaan sederhana dan membunuh bagi syot kepala. Membunuh lawan akan mengembalikan nilai penuh pisau. Klik kiri bagi melontar sebilah pisau. Klik kanan untuk melontar kesemua baki pisau pada letus jarak dekat.
    (Arm yourself with several deadly throwing knives that deal moderate damage and kill on headshots. Scoring a kill restores all daggers. Left click throws a single dagger. Right click throws all remaining daggers in a short-ranged burst.)
Viper – Riot Games

VIPER

Amerika Syarikat (Pengawal/Controller)

Viper menghantar susunan alat kimia beracun bagi mengawal kawasan pertarungan dan menghalang pandangan musuh. Jika toksin tidak membunuh musuh, permainan minda beliau pasti akan lakukannya.

Viper deploys an array of poisonous chemical devices to control the battlefield and cripple the enemy’s vision. If the toxins don’t kill her prey, her mind games surely will.

  • Snakebite
    Menembak sebuah projektil yang meletupkan sebuah kolam asid.
    (Fire a projectile that explodes into a pool of damaging acid.)
  • Poison Cloud
    Melontar penyembur gas yang boleh diaktifkan semua bagi mencipta asap beracun pada kos bahan api. Penyembur boleh diambil semula dan dilontar semua selepas sedikit masa segar-semula.
    (Throw a gas emitter that you can reactivate to create a poisonous smoke cloud at the cost of fuel. The emitter can be picked up and thrown again after a short cooldown.)
  • Toxic Screen (Signature)
    Menghantar sebuah garisan panjang penyembur gas yang boleh diaktifkan semula bagi mencipta sebuah dinding gas toksik pada kos bahan api.
    (Deploy a long line of gas emitters that you can reactivate to create a tall wall of toxic gas at the cost of fuel.)
  • Viper’s Pit (Ultimate)
    Mencipta sebuah awan toksik pada sebuah kawasan besar yang akan kekal selagi Viper barada di dalamnya. Musuh yang berada di dalamnya akan diserlahkan pada pandangan Viper.
    (Emit a massive toxic cloud in a large area that lasts as long as Viper stays inside the cloud. Enemies inside the cloud are highlighted to Viper.)
Sova – Riot Games

SOVA

Rusia (Pemula/Initiator)

Sova menjejak, mencari dan menghapuskan mush dengan tepat dan efisien. Busur tersendiri beliau yang mampu menjejak musuh memastikan mereka tidak boleh bersembunyi darinya.

Sova tracks, finds, and eliminates enemies with ruthless efficiency and precision. His custom bow and incredible scouting abilities ensure that even if you run, you cannot hide.

  • Shock Bolt
    Menembak anak panah letupan yang memancarkan denyut tenaga statik pada impak.
    (Fire an explosive bolt that emits a damaging pulse of static energy upon impact.)
  • Owl Drone
    Menghantar dron yang boleh menembak damak yang mendedahkan musuh yang ditembak.
    (Deploy a pilotable drone that can fire a dart that will Reveal enemies who are hit.)
  • Recon Bolt (Signature)
    Menembak anak panah yang memancarkan denyut sonar. Sonar ini akan menanda musuh berdekatan, mendedahkan mereka. Anak panah ini boleh dimusnahkan musuh.
    (Fire a bolt that deploys a sonar emitter. The sonar pings tag nearby enemies, causing them to be revealed. Can be destroyed.)
  • Hunter’s Fury (Ultimate)
    Menembak tiga letupan tenaga membunuh yang melontar ke jarak penuh peta. Setiap musuh yang terkena menerima kecederaan besar dan ditanda.
    (Fire up to three deadly energy blasts that spear across the entire map. Each hit enemy takes heavy damage and is marked.)

CYPHER

Morocco (Sentinel)

Cyper adalah rangkaian pengawasan sendirian, yang memerhatikan setiap pergerakan musuh. Tiada rahsia yang terselamat. Tiada tingkahlaku yang tak terlihat. Cyper sentiasa memerhati.

Cypher is a one-man surveillance network who keeps tabs on the enemy’s every move. No secret is safe. No maneuver goes unseen. Cypher is always watching.

  • Trapwire
    Meletakkan perangkap tripwayar diantara dua dinding. Musuh yang mengaktifkannya akan diterangkap dan didedahkan bagi seketika. Jika perangkap tidak dimusnahkan, ia akan membingungkan musuh yang terperangkap. Boleh diambil semula.
    (Place a stealthed tripwire between two walls. Triggering enemies are restrained and revealed for a short time. If the trap is not destroyed, it activates to daze the trapped victim. Can be picked up.)
  • Cyber Cage
    Melontar perangkap pengaktifan jauh. Aktifkan semula bagi mewujudkan sangkar yang memperlahankan musuh yang melaluinya. Lihat pada perangkap dan tekan butang guna (Use) bagi meletupkannya atau tahan butang aktivasi (Activate) bagi meletupkan semua perangkap.
    (Toss out a remote activation trap. Reactivate to create a cage that slows enemies who pass through it. Look at a trap and press USE to detonate it, or hold ACTIVATE to detonate all.)
  • Spycam (Signature)
    Meletakkan kamera kawalan jauh. Usai diletakkan, aktifkan semula bagi melihat siarannya. Klik kiri semasa melihat-dalam-kamera bagi menembak damak penjejak. Dicaj semula apabila diambil semula atau dibunuh.
    (Place a remote camera. After placing, reactivate to view the video feed. Left click while in camera to fire a tracking dart. Recharges when picked up or killed.)
  • Neural Theft (Ultimate)
    Mengambil maklumat dari mayat musuh, mendedahkan lokasi musuh lainnya yang masih hidup.
    (Extract information from the corpse of an enemy, revealing the location of their living allies.)

BRIMSTONE

Amerika Syarikat (Pengawal/Controller)

Senjata memastikan pasukan beliau sentiasa mempunyai kelebihan. Abiliti beliauu untuk menghantar utiliti dengan tepat dan selamat membuatkan beliau tiada tandingannya bagi seorang komander.

Brimstone’s orbital arsenal ensures his squad always has the advantage. His ability to deliver utility precisely and safely make him the unmatched boots-on-the-ground commander.

  • Incindiary
    Melancarkan bom tangan yang memuntahkan lapangan api.
    (Launch an incendiary grenade that deploys a damaging field of fire.)
  • Stim Beacon
    Mensasarkan kawasang terdekat bagi memanggil ‘Stim Beacon’, memberikan kesemua pemain berdekatan kadar tembakan yang lebih pantas.
    (Target a nearby location to call in a Stim Beacon, giving all players near it Rapidfire.)
  • Sky Smoke (Signature)
    Gunakan peta bagi memanggil bom asap yang menghalang pandangan. Klik bagi memilih lokasi dan ‘confirm‘ bagi lancarkannya.
    (Use your map to call in orbital deployment smokescreens that obscure vision. Click to set the locations, and confirm to launch.)
  • Orbital Strike (Ultimate)
    Gunakan peta bagi menentukan lokasi, melancarkan serangan orbital yang menyebabkan denyutan berkuasa tinggi bagi beberapa saat.
    (Use your map to target a location, launching a devastating orbital strike that pulses for high damage over several seconds.)
Sage – Riot Games

SAGE

China (Sentinel)

Dimana sahaja, Sage menyediakan keselamatan kepada diri dan pasukan beliau. Mampu menghidupkan kembali rakan dan menghindarkan serangan, beliau mewujudkan sebuah ketenanggan di medan pertarungan serba bingar.

Sage creates safety for herself and her team wherever she goes. Able to revive fallen friends and stave off forceful assaults, she provides a calm center to a hellish battlefield.

  • Slow Orb
    Melontar orb beradiasi yang memecah kepada lapangan memerlahan pada impak. Mereka yang berada di dalam lapangan ini diperlahankan, tidak boleh melompat dan menghasilkan bunyi semasa bergerak.
    (Cast out a radianite orb that breaks into a slowing field upon impact with the ground. All caught in the field are slowed, grounded, and make noise when moving.)
  • Barrier Orb
    Mewujudkan sebuah dinding kuat. Klik kanan bagi memutar dinding sebelum ia dibina.
    (Conjure a large, solid wall. Right-click to rotate the wall before casting.)
  • Healing Orb (Signature)
    Menyembuhkan rakan atau diri dengan nilai penuh dalam masa beberapa saat.
    (Heal an ally or yourself to full health over a few seconds.)
  • Resurrection (Ultimate)
    Sasar pada mayat rakan. Selepas seketika, menghidupkan semula mereka dengan nilai nyawa penuh.
    (Target a friendly corpse. After a short delay, revive them with full health.)

OMEN

(Pengawal/Controller)

Omen memburu di dalam bayangan. Beliau membutakan musuh, merentas ke lokasi bertentangan, dan kemudiannya membiarkan paranoia mengambil alih musuh, menyebabkan mereka bingung, dimanakah sasaran beliau seterusnya.

Omen hunts in the shadows. He renders enemies blind, teleports across the field, then lets paranoia take hold as foes scramble to uncover where it might strike next.

  • Paranoia
    Menghantar bayang ke arah barisan tegak, menghadkan penglihatan mereka yang disentuhnya.
    (Send out an Ethereal shadow in a straight line, Nearsighting anyone it touches.)
  • Shadow Walk
    Selepas seketika, menjadi bukan-nyata dan teleport ke jarak singkat.
    (After a delay, dematerialize and teleport a short distance.)
  • Dark Cover (Signature)
    Melontar orb selinap yang akan meletup menjadi sfera bayangan yang menghalang padangan di lokasi akhirnya. Boleh dicaj bagi meningkatkan jarak lontarannya.
    (Cast out a stealthed ethereal orb that bursts into an obscuring sphere of shadow at its final location. Can be charged to increase distance.)
  • From the Shadows (Ultimate)
    Pilih lokasi di peta dan teleport ke lokasi itu. Semasa teleport/tiba, muncul sebagai bayang, yang akan kembali ke lokasi asal jika terbunuh. Usai selesai proses teleport/tiba, menjadi bukan-nyata (Incorporeal) untuk seketika.
    (Select anywhere on the map to teleport and reform. When arriving, appear as a Shade, that will go back to your original location if killed. Once the teleport is complete, become Incorporeal for a short time.)

RAZE

Brazil (Petarung/Duelist)

Raze suka pada bahan letupan. Dengan stail permainan blunt-force-trauma, dia hebat dalam mengeluarkan musuh dari sarang mereka dan membersihkan sudut-sudut ketat permainan dengan beberapa dos letupan.

Raze loves explosives. With her blunt-force-trauma playstyle, she excels at flushing entrenched enemies and clearing tight spaces with a generous dose of “boom”.

  • Blast Pack
    Melontar pek letupan yang akan melekat pada permukaan. Aktifkan semula abiliti untuk meletupkannya, mencederakan dan melontar apa sahaja yang terkena padanya. Raze kebal akan letupan ini namun akan menerima kecederaan sekiranya dilontar dan jatuh terlalu tinggi.
    (Instantly throw a Blast Pack that will stick to surfaces. Re-us the ability after deployment to detonate, damaging and moving anything hit. Raze isn’t damaged by this ability, but will still take fall damage if launched up far enough.)
  • Paint Shells
    Melontarkan bom kluster, yang akan mencederakan musuh dan menyebarkan beberapa bom kecil, setiap satu akan meletup di dalam jaraknya.
    (Equip a cluster grenade. Fire to throw the grenade, which does damage and creates sub-munitions, each doing damage to anyone in their range.)
  • Boom Bot (Signature)
    Melancarkan robot ‘Boom‘, yang akan bergerak pada garisan lurus, yang akan memantul pada dinding. Robot ini akan menyerang musuh yang berada di depannya dan mengejar mereka sebelum meletup, menyebabkan kecederaan besar.
    (Equip a Boom Bot. Fire will deploy the bot, causing it to travel in a straight line on the ground, bouncing off walls. The Boom Bot will lock on to any enemies in its frontal cone and chase them, exploding for heavy damage if it reaches them.)
  • Showstopper (Ultimate)
    Memasang sebuah pelancar roket yang boleh melakukan serangan ‘one-shot‘ kepada musuh. Kecederaan yang dilakukan adalah konsisten di dalam jarak letupan.
    (Raze equips a single-use rocket launcher with the ability to one-shot enemies. Damage from this ability is consistent throughout the entire blast radius.)

REYNA

Mexico (Petarung/Duelist)

Dilahirkan di Mexico, Reyna mendominasi pertarungan satu-lawan-satu, menjadi lebih kuat setiap kali membunuh lawannya. Kebolehan beliau hanya dibataskan oleh skill mentah, membuatkannya bergantung kepada prestasi.

Forged in the heart of Mexico, Reyna dominates single combat, popping off with each kill she scores. Her capability is only limited by her raw skill, making her highly dependent on performance.

  • Devour
    Musuh yang dibunuh oleh Reyna meninggalkan Soul Orbs yang kekal selama 3 saat. Abiliti ini menyerap Soul Orbs berdekatan, menyembuhkan Reyna dengan pantas bagi tempoh seketika. Nilai nyawa yang diperoleh jika melepasi 100 akan merosot ke nilai maksimum normal selepas seketika. Jika Empress aktif, abiliti ini akan diaktifkan secara automatik dan tidak menyerap Soul Orbs.
    (Enemies killed by Reyna leave behind Soul Orbs that last 3 seconds. Instantly consume a nearby soul orb, rapidly healing for a short duration. Health gained through this skill exceeding 100 will decay over time. If Empress is active, this skill will automatically cast and not consume the Soul Orb.)
  • Dismiss
    Menyerap Soul Orbs berdekatan, menyebabkan beliau kebal bagi tempoh seketika. Jika Empress aktif, Reyna juga menjadi halimunan.
    (Instantly consume a nearby Soul Orb, becoming instangible for a short duration. If Empress is active, also become invisible.)
  • Leer (Signature)
    Mempersiapkan sebuah mata ethereal yang boleh dimusnahkan (musuh). Aktifkan untuk melontar mata tersebut ke jarak dekat dihadapan. Mata ini akan menghalang jarak penglihatan lawan yang melihat kearahnya.
    (Equip an ethereal, destructible eye. Activate to cast the eye a short distance forward. The eye will nearsight all enemies who look at it.)
  • Empress (Ultimate)
    Menerima peningkatan dari segi kadar tembakan, isi-semula peluru dan pertukaran senjata. Menerima peningkatan caj Soul Harvest tanpa had. Membunuh lawan menyegar-semula durasi abiliti.
    (Instantly enter a frenzy, increasing firing, equip and reload speed dramatically. Gain infinite charges of Soul Harvest abilities. Scoring a kill renews the duration.)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments