Mobile Legends Tempatan

[Kemaskini] MPL MY/SG Musim Ke-5 Akan Bersambung Semula Pada 10 April Ini

02/04/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

[Kemaskini] MPL MY/SG Musim Ke-5 Akan Bersambung Semula Pada 10 April Ini

Bacaan: < 1 minit

Kemaskini: Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG akan bersambung semula bermula pada 10 April depan. Perlawanan dan siaran langsung akan bermula pada jam 2 petang. Berikut adalah jadual baharu liga.


Artikel Asal:

Selepas terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19, Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG akan disambung semula pada 9 April depan.

Musim tetap liga yang berbaki tiga minggu lagi akan diubah dan dikompakkan kepada dua minggu sahaja dengan setiap satu melangsungkan empat hari perlawanan bermula hari Khamis sehingga Ahad. Minggu keempat liga akan berlangsung pada 9 sehingga 12 April 2020 manakala minggu kelima akan berlangsung pada 16 sehingga 19 April 2020.

Bagi perlawanan yang akan berlangsung di hari Khamis dan Jumaat, perlawanan dan siaran langsung akan bermula pada 7.30 petang. Perlawanan pada hari Sabtu dan Ahad pula akan dilangsungkan seperti biasa iaitu bermula pada pukul 2 petang.