Valorant (Project A)

Ujian Beta Tertutup Valorant Akan Bermula Pada 7 April Ini Di Bagi Eropah dan Amerika Utara

6 bulan lalu

Ujian Beta Tertutup Valorant Akan Bermula Pada 7 April Ini Di Bagi Eropah dan Amerika Utara

Menjelang pelancarannya di musim panas kelak, permainan FPS yang dibangunkan oleh Riot Games, VALORANT bakal memulakan ujian beta tertutup tidak lama lagi iaitu bermula pada 7 April depan.

Walaubagaimanapun, ujian beta tertutup ini adalah terhad kepada pemain di benua Amerika Utara dan Eropah sahaja. Pemain yang berminat untuk menyertai ujian beta tertutup ini perlu memaut akaun Twitch mereka bersama dengan akaun Riot Games untuk menerima peluang mendapatkan akses melalui sistem ‘drops‘ oleh Twitch.

Sistem ini adalah sama dengan pelancaran ujian beta Legends of Runeterra tempoh hari dimana pemain perlu menonton siaran penstrim di laman Twitch untuk menerimanya. Riot Games juga telah mengadakan sesi permainan alfa tertutup tempoh hari bersama-sama dengan pemain profesional dan penstrim. Para peserta ini bakal melancarkan kandungan berkaitan dengan VALORANT tidak lama lagi di saluran masing-masing.

Riot dan Twitch juga dilaporkan bakal menyiarkan sesi prarakaman Twitch Rivals melibatkan para peserta ujian alfa tersebut pada 3 April depan, lengkap dengan pengulas.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments