Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Mobile Akan Dilancarkan Secara Rasmi 20 Mac Ini – Asia Tenggara Dan China Terkecuali

18/03/2020

Teamfight Tactics Mobile Akan Dilancarkan Secara Rasmi 20 Mac Ini – Asia Tenggara Dan China Terkecuali

Versi mudah alih bagi permainan autobattler yang dibangunkan oleh Riot Games, Teamfight Tactics bakal hadir kepada mum tidak lama lagi. Riot Games didedahkan telah membenarkan sebilangan pemain untuk mengakses permainan tersebut bermula pada hari ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac ini untuk kedua-dua platform Android dan iOS.

Ia akan dilancarkan kepada semua rantau kecuali rantau Asia Tenggara dan China kerana perbezaan sistem akaun yang digunakan. Seperti yang diterangkan sebelum ini, Riot Games akan menguruskan sendiri permainan ini di rantau Asia Tenggara. Oleh yang demikian, pemain di rantau ini perlu mencipta akaun Riot Games bagi memainkannya.

Proses penciptaan akaun ini bagaimanapun masih belum boleh dilakukan secara rasmi kerana masih belum disokong. Pemain di Asia Tenggara perlu menunggu ketersedia sistem tersebut sebelum permainan ini boleh dilancarkan di rantau ini.

Paparan skrin TFT Mobile – Riot Games

Pemain juga perlu maklum bahawa akaun Teamfight Tactics di PC (Garena) tidak boleh disegerakkan dengan akaun Riot Games ini kelak. Spesifikasi yang diperlukan untuk menjalankan permainan ini diperanti mudah alih adalah iPhone 6 dan keatas bagi iOS dan Android 7.0 keatas bagi peranti Android.

Pradaftar: Teamfight Tactcis (Android & iOS)