Mobile Legends Tempatan

#COVID19 – MPL-MY/SG Musim Ke-5 Kini Ditangguhkan

8 bulan lalu

#COVID19 – MPL-MY/SG Musim Ke-5 Kini Ditangguhkan

Melihat kepada wabak Koronavirus (COVID-19) di Malaysia yang semakin merebak, liga esukan Mobile Legends Profesional League MY/SG kini ditangguhkan, umum penganjur.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020, bagi mencegah penularan wabak Koronavirus. Perintah ini melarang rakyat daripada mengadakan sebarang perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Oleh yang demikian, pihak penganjur MPL-MY/SG memutuskan untuk menangguhkan musim tetap liga bagi memastikan kesihatan dan keselamat kesemua pihak yang terlibat di dalam liga tersebut. Pada ketika ini, pihak penganjur masih belum mengumumkan sehingga bilakah tempoh penangguhan ini akan berlangsung.

Para peminat yang mahu mengikuti perkembangan semasa liga boleh mengikuti laman Facebook rasmi mereka di pautan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments