Dota 2

Valve Umum DotaPit Minor Dan Epicenter Major Juga Dibatalkan Penganjurannya

16/03/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Umum DotaPit Minor Dan Epicenter Major Juga Dibatalkan Penganjurannya

Bacaan: < 1 minit

Dua lagi kejohanan esukan menjadi mangsa penularan wabak Koronavirus. Valve hari ini mengumumkan bahawa siri keempat kejohanan Dota 2 Pro Circuit iaitu OGA Dota PIT Minor 2020 dan Epicenter Major kini telah dibatalkan.

Keputusan tersebut diambil selepas melihat kepada penularan pandemik tersebut di rantau barat pada ketika ini. Ini menjadikan jumlah kejohanan DPC yang telah dibatalkan kepada tiga selepas kejohanan ESL One Los Angeles yang sepatutnya berlangsung minggu ini turut telah dibatalkan tempoh hari.

Tambah Valve lagi, mereka juga mengikuti perkembangan semasa penularan pandemik ini bagi menentukan nasib penganjuran siri kejohanan terakhir DPC musim ini.