Valorant (Project A)

Hanya 5 Daripada 10 Agen Valorant Percuma Untuk Dimainkan – Selebihnya Perlu Dinyahkunci

4 bulan lalu

Hanya 5 Daripada 10 Agen Valorant Percuma Untuk Dimainkan – Selebihnya Perlu Dinyahkunci

Valorant merupakan permainan tembak-menembak taktikal yang dibangunkan oleh Riot Games. Permainan tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada musim panas depan.

Walaupun Valorant boleh dimainkan secara percuma semasa selepas ia dilancarkan kelak, tidak semua karekter permainan boleh dimainkan secara percuma. Menurut penerbit eksekutif permainan tersebut, Anna Donlon hanya 5 daripada 10 karekter yang digelar sebagai agen ditawarkan secara percuma manakala selebihnya perlu dinyahkunci sama ada melalui cara bermain atau pembelian terus.

Modal permainan ini adalah serupa dengan permainan League of Legends yang turut dibangunkan oleh Riot Games. Pada ketika ini, 8 daripada 10 agen yang akan sedia di pelancaran kelak, telah didedahkan iaitu Brimstone, Jett, Phoenix, Sage, Sova, Cypher, Viper dan Omen.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments