CSGO

CS:GO Jadi Permainan Ketiga Raih Pemain Serentak Melebihi 1 Juta Orang Di Steam

15/03/2020

CS:GO Jadi Permainan Ketiga Raih Pemain Serentak Melebihi 1 Juta Orang Di Steam

Permainan Counter-Strike: Global Offensive hari ini berjaya memecahkan rekod peribadi mereka dengan memperoleh pemain serentak melebihi 1 juta orang, menjadi pemain ketiga di platform Steam yang berjaya melakukannya.

Permainan oleh Valve itu merekodkan jumlah pemain sebanyak 1,007,062 orang, pencapaian tertinggi semenjak ia dilancarkan pada tahun 2012 lalu. Dua permainan lain yang turut sama telah melepasi rekod 1 juta orang pemain serentak di Steam ini adalah Dota 2 dan PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Trend peningkatan pemain CS:GO ini dilihat telah bermula semenjak dari separuh kedua tahun 2019 lalu dan kekal sehingga kini. Ia juga mungkin dibantu oleh pelancaran operasi terbaru CS:GO iaitu ‘Operation Shattered Web’ pada November 2019 lalu dan juga penularan wabak Koronavirus yang memaksa ramai pihak di seluruh dunia meluangkan masa dirumah masing-masing.

Steam juga dalam pada masa yang sama turut memperoleh jumlah pengguna serentak tertinggi hari ini dengan 19,340,762 orang berada di dalam talian pada satu-satu masa. Ia adalah rekod tertinggi bagi platform permainan tersebut.