Dota 2

Selepas Lebih 7 Tahun, Fnatic Julang Kejuaraan LAN Pertama Bagi Dota 2

3 months ago

Selepas Lebih 7 Tahun, Fnatic Julang Kejuaraan LAN Pertama Bagi Dota 2

Kemarau berakhir bagi pasukan Dota 2 Fnatic apabila mereka berjaya menjadi juara kejohanan DOTA Summit 12 di Los Angeles awal pagi tadi.

Fnatic menewaskan pasukan OG.Seed di perlawanan akhir kejohanan dengan keputusan bersih 3-0. Sebagai juara, Fnatic membawa pulang $60,500 dan piala kejohanan. Kemenangan ini merupakan yang pertama bagi mereka untuk kejohanan LAN (offline) bertaraf major /premier semenjak dari tahun 2012.

Kali terakhir mereka menjadi juara adalah di kejohanan THOR Open 2012 mmeneaskan pasukan No Tidehunter. Fnatic memperlihatkan preastasi cemerlang di kejohanan Dota Summit 12 ini menewaskan pasukan seperti Evil Geniuses dan Team Liquid tanpa sebarang masalah.

Fnatic bagaimanapun tidak dibenarkan membawa momentum ini ke kejohanan ESL One Los Angeles Major yang sepatutnya berlangsung minggu hadapan selepas ia ditangguhkan akibat wabak Koronavirus.