Dota 2

Kejohanan Dota 2 ESL One Los Angeles Major Rasmi Ditangguhkan

13/03/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Kejohanan Dota 2 ESL One Los Angeles Major Rasmi Ditangguhkan

Bacaan: < 1 minit

Pandemik Koronavirus (COVID-19) telah menyebabkan pelbagai acara di seluruh dunia ditangguh dan dibatalkan. Penularan wabak tersebut di Eropah juga telah menyebabkan Amerika Syarikat mengamil keputusan menyekat kemasukan dari negara rantau tersebut.

Akibat daripada larangan tersebut, acara Dota 2 ESL One Los Angeles Major yang dijadualkan bermula pada 15 Mac depan kini diumumkan telah ditangguhkan. ESL dan Valve mengumumkan keputusan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat diutamakan.

ESL memaklumkan bahawa mereka dan Valve akan berkongsikan lebih lanjut mengenai lokasi dan tarikh penganjuran baharu kejohanan tersebut kelak. Proses bayaran balik pembeli tiket juga akan dilaksakan di dalam masa terdekat ini.