Esukan

Esukan Akan Dipertandingkan Sebagai Acara Berpingat Di Asian Indoor and Martial Arts Games 2021

10/03/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Esukan Akan Dipertandingkan Sebagai Acara Berpingat Di Asian Indoor and Martial Arts Games 2021

Bacaan: < 1 minit

Pelbagai usaha menambah masuk acara esukan ke dalam temasya sukan tradisional telah pun dilakukan di serata dunia dari peringkat negara sehinggalah ke Olimpik. Di Asia, Sukan Asia Tenggara (SEA Games) telah pun berjaya mempertandingkan acara berpingat rasmi bagi esukan pada penghujung tahun lalu.

Tahun ini di Malaysia pula, Johor akan turut mempertandingkan acara esukan berpingat pada temasya SUKMA XX. Terkini, sebuah lagi temasya sukan di Asia akan turut mempertandingkan acara esukan.

Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) telah mengumumkan bahawa mereka telah melangsungkan pertemuan dengan Persekutuan Sukan Elektronik Thailand (TeSF) dan Jawatankuasa Olimpik Thailand baru-baru ini. Hasil pertemuan tersebut, acara esukan secara rasminya akan ditambah masuk sebagai acara berpingat rasmi di Asian Indoor and Martial Arts Games 2021 (2021 AIMAG) yang akan berlangung di Pattaya dan Bangkok, Thailand.

Pada ketika ini, tiada sebarang senarai permainan mahupun jumlah pingat yang akan ditawarkan telah diumumkan. AESF berkata bahawa mereka akan berkongsikan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya tidak lama lagi di laman web rasmi mereka.