League of Legends

Riot Janji Perbaiki Klien League of Legends Dalam Masa 6 Bulan

7 bulan lalu

Riot Janji Perbaiki Klien League of Legends Dalam Masa 6 Bulan

Rungutan mengenai prestasi klien permainan League of Legends sudah kerap dilakukan oleh para pemain permainan itu. Antara keluhan pemain adalah mengenai lengah masa, pepijat, masalah rangkaian dan proses pemilihan champion.

Bagi memperbaiki masalah ini, Riot Games telah mengumumkan sebuah kempen khas bagi memfokuskan usaha untuk memperbaikinya. Di dalam masa enam bulan dari sekarang, mereka akan cuba memperbaiki infrastruktur tulang belakang klien tersebut.

Bagi tempoh ini, Riot Games mensasarkan penambahbaikan bagi dua metrik utama iaitu masa butstrap klien iaitu tempoh masa melancarkan klien sepenuhnya dan juga tempoh masa proses pemilihan champion.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, klien League of Legends menggunakan sistem plugin yang membolehkan kod setiap fungsi di dalam klien dipecahkan kepada bahagian-bahagian tersendiri. Namun begitu, oleh kerana pelbagai fungsi telah ditambah masuk ke dalam klien dari tahun ke tahun, sistem ini kini telah terlalu sesak.

Setiap satu plugin yang dijalankan memperlahankan klien dan ditambah lagi dengan masalah rangka Javascript, Ember yang turut sama menambah lengah masa menyebabkan klien ini terlalu berat untuk digunakan dengan lancar. Menurut mereka, pada ketika ini, klien League of Legends menjalankan 41 plugin berbeza dan 16 aplikasi Ember yang setiap satu memerlukan 100ms sehingga 800ms untuk dimuat-jalankan.

Klien pada ketika ini memerlukan 40 saat untuk dimuat-jalan sepenuhnya dan Riot Games mensasarkan bahawa mereka mampu mengurangkannnya kepada 15 saat diakhir kempen ini kelak. Pembangun akan berkongsikan kemajuan kempen ini dari masa ke masa dan pelbagai kemaskini berkaitan dengannya kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments