Valorant (Project A)

Valorant (Project A), Permainan FPS Oleh Riot Games Akan Tiba Musim Panas 2020 Ini

02/03/2020

Valorant (Project A), Permainan FPS Oleh Riot Games Akan Tiba Musim Panas 2020 Ini

Pada ulangtahun ke-10 permainan League of Legends tempoh tahun lalu, Riot Games telah mendedahkan sebuah permainan FPS yang sedang dibangunkan mereka yang diberi kod nama sebagai Project A. Hari ini, Riot Games telah mengumumkan nama rasmi bagi permainan tersebut iaitu Valorant dan juga perician mengenai pelancarannya.

Riot Games mengelar Valorant sebagai permainan taktikal 5 lawan 5 berasaskan karekter yang masing-masing mempunyai abiliti unik. Pemain akan bermain sebagai agen di dalam perlawanan penyerang lawan penahan di dalam mod permainan mematikan bom. Terdapat 25 pusingan bagi setiap perlawanan dengan pasukan pertama memenangi 13 perlawanan menjadi juara.

Valorant merupakan permainan yang mementingkan skill menembak dengan tepat seperti permainan Counter-Strike namun karekter dengan abiliti unik membezakan kedua-dua permainan ini. Namun begitu, seperti senjata, abiliti ini perlu dibeli sebelum perlawanan bermula. Bagaimanapun, sekiranya pemain mati sebelum sempat menggunakannya, ia akan kekal dan dibawa ke perlawanan seterusnya.

Permainan ini akan hadir secara percuma bagi platform PC pada musim panas tahun 2020 ini. Ketika pelancarannya kelak, Valorant akan hadir dengan pelayan 128 detik bagi memberikan permainan yang lancar dan tepat. Riot Games juga menjanjikan klien permainan yang menyokong peranti kelas permulaan yang menurut mereka akan mampu bermain sekurang-kurangnya 30 bingkai per saat (frame per second).