Diabotical

Permainan Arena FPS “Diabotical” Memulakan Ujian Beta Tertutup

29/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Permainan Arena FPS “Diabotical” Memulakan Ujian Beta Tertutup

Bacaan: < 1 minit

Selepas lebih 3 tahun di dalam pembangunan, permainan Diabotical akhirnya kini memasuki fasa ujian beta tertutup. Permainan Arena FPS berbilang pemain dengan rentak pantas ini dibangunkan dengan sasaran menjadi pewaris kepada permainan Arena FPS seperti Quake dan Unreal Tournament.

Ujian beta tertutup ini telah bermula hari ini dan akan diadakan di setiap hujung minggu bulan Mac ini bagi mereka yang telah menyokong kempen mereka di Kickstarter dan mereka yang terpilih dari sesi pendaftaran ujian beta.

Anda akan bermain sebagai Eggbot di dalam permainan ini dan mod permainan yang sedia ditawarkan bagi ujian beta ini adalah Arena 1v1/2v2, Wipeout dan Wee-Bow Instagib. Pemain juga boleh membuat lobi khas peribadi permainan bagi bermain bersama dengan rakan-rakan.

Antara fungsi lain yang hadir pada ketika ini adalah mod pemanas badan, mod latihan, editor HUD dan editor peta yang membolehkan komuniti menghasilkan peta permainan tersendiri.

Permainan ini akan dilancarkan kelak secara percuma untuk dimainkan di Epic Games Store.