CSGO

Better Collective Mengambilalih HLTV.org Dengan Harga 34.5 Juta Euro

7 bulan lalu

Better Collective Mengambilalih HLTV.org Dengan Harga 34.5 Juta Euro

Pemilik bagi laman paling popular bagi segalanya berkaitan dengan permainan Counter-Strike, HLTV.org ApS hari ini mengumumkan bahawa mereka telah diambilalih oleh Better Collective.

Better Collective merupakan syarikat media pertaruhan sukan berpengkalan di Copenhagen, Denmark. Pengambilalihan bernilai 34.5 juta Euro ini meliputi laman web HLTV.org dan juga Dust2.dk.

Barisan pengasas HLTV.org ApS akan meneruskan pengurusan bagi sekurang-kurangnya tiga tahun untuk membangunkan platform dan komuniti mereka. Semenjak dilancarkan pada tahun 2002, HLTV.org merupakan laman pilihan ramai dalam mendapatkan sebarang info, berita dan statistik berkaitan dengan permainan Counter-Strike.

Malah, ranking pasukan yang diterbitkan laman tersebut dianggap sebagai ranking rasmi bagi komuniti Counter-Strike: Global Offensive.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments