Valorant

Valorant Dilaporkan Adalah Nama Rasmi Bagi Permainan FPS Riot Games, Project A

11 bulan lalu

Valorant Dilaporkan Adalah Nama Rasmi Bagi Permainan FPS Riot Games, Project A

Project A (Ares) merupakan kod nama bagi permainan FPS yang sedang dibangunkan oleh Riot Games. Beberapa info mengenai permainan yang dilaporkan menyerupai CS:GO itu telah pun didedahkan tidak lama dahulu.

Terkini, hasil daripada siasatan peminat mendapati bahawa Riot Games telah mendaftarkan tanda dagang bagi Valorant yang disyaki akan menjadi nama rasmi permainan tersebut. Peminat juga telah menemui laman web dan akaun Twitter @PlayValorant yang telah didaftaran pada Februari 2020 namun tidak aktif.

Baca Juga :   Valorant (Project A), Permainan FPS Oleh Riot Games Akan Tiba Musim Panas 2020 Ini

Dengan pelbagai khabar angin yang kini berterbangan, Riot Games dilihat semakin hampir untuk mendedahkan permainan tersebut kepada umum tidak lama lagi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments