Dota Underlords

Dota Underlords Dilancarkan Secara Rasmi – Musim Pertama Bermula

5 bulan lalu

Dota Underlords Dilancarkan Secara Rasmi – Musim Pertama Bermula

Valve hari ini secara rasminya telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Dota Underlords. Dota Underlords merupakan permainan yang dibangunkan berasaskan kepada mod permainan Dota Autochess yang menjadi popular pada awal tahun lalu.

Valve telah memulakan ujian beta bagi Dota Underlords bermula pada bulan Julai 2019 lalu. Awal pagi tadi, Valve bersempena dengan pelancaran rasmi permainan ini, Valve telah mengadakan siaran pelancara khas yang disertai beberapa personaliti Dota 2.

Pelancaran versi 1.0 ini juga membawakan musim pertama permainan tersebut. Pemain kini boleh memainkan mod permainan kempen City Crawl, melengkapkan puzzle, objektif untuk menguasai kawasan di dalam White Spire.

Musim pertama juga hadir dengan battlepass yang mempunyai lebih 100 hadiah. Pemain boleh membeli battlepass ini dengan harga bermula RM21.99. Namun begitu, pemain yang tidak mahu membeli battlepass ini juga boleh memperoleh hadiah kerana battlepass ini turut mempunyai tahap-tahap yang boleh ditebus secara percuma.

Pemain yang telah menyertai beta terbuka tempoh hari juga akan menerima beberapa hadiah percuma. Dota Underlords boleh dimainkan di platform PC, Linux, Mac OS, Android dan iOS secara percuma.

Muat-turun: Dota Underlords

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments