Dota 2

Pepijat Dota 2 Menyebabkan Pemain Menerima Penambahan Atau Pengurangan MMR Mendadak

20/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pepijat Dota 2 Menyebabkan Pemain Menerima Penambahan Atau Pengurangan MMR Mendadak

Bacaan: < 1 minit

Para pemain Dota 2 bermula semalam telah melaporkan bahawa terdapat pepijat pada permainan tersebut yang menyebabkan para pemain menerima penambahan atau pengrangan mendadak pada nilai rating pemadan pemain mereka (MMR).

Pelbagai laporan telah hadir di laman Reddit Dota 2 mengenai perkara ini. Pepijat penambahan atau pengurangan MMR ini dilihat bergantung kepada status perlawanan terakhir pemain dimana jika mereka memenanginya, nilai MMR bertambah dan sebaliknya jika kalah.

Pemain profeisonal berasal dari Peru, Leonardo “LeoStyle-” Sifuentes memperlihatan akaun beliau kini memaparkan nilai MMR melebihi 12 ribu.

Losing mmr everytime i launch the client(lmao) from r/DotA2
MMR bug from r/DotA2

Pada ketika ini, Valve masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan atau kemaskini berkaitan dengan isu ini.