Tiga Pasukan Yang Melepasi Pusingan Kelayakan Singapura Bagi MPL MYSG Kini Lengkap
Pada penghujung minggu lalu telah berlangsungnya pusingan kelayakan Singapura bagi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG Musim Ke-5.
Pusingan kelayakan tersebut menyediakan tiga slot ke musim tetap liga, melengkapkan 10 pasukan bertanding bagi musim ini. Tiga pasukan yang telah melepasi pusingan kelayakan Singapura tersebut adalah Notorious Villains, Siren Esports dan Resurgence.

Ketiga-tiga pasukan ini bersama dengan Evos Esports akan menjadi wakil Singapura di dalam usaha mereka mempertahankan gelaran juara musim. Berikut adalah senarai penuh pasukan bertanding bagi musim ini:
Malaysia :
- Todak
- Axis Esports
- Geek Fam
- Team Bosskurr
- Makan Cendol
- Orange Esports
Singapura :
- Evos Esports SG
- Notorious Villains
- Resurgence
- Siren Esports
