League of Legends

Pacific Championship Series Akan Bermula 29 Februari Ini

19/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pacific Championship Series Akan Bermula 29 Februari Ini

Bacaan: < 1 minit

Selepas ditangguhkan akibat wabak Koronavirus, Liga League of Legends Pacific Championship Series kini akan bermula secara rasminya tidak lama lagi.

29 Februari ini akan menjadi tarikh bermulanya liga tersebut bagi musim bunga 2020 ini. Perkara tersebut diumumkan penganjur melalui akaun Facebook rasmi mereka. Jadual baharu liga juga akan dipamerkan tidak lama lagi. Selain daripada itu, penganti kepada pasukan G-Rex turut diumumkan pada kenyataan yang sama.

Pasukan Machi Esports dari Taiwan akan menyertai liga bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh G-Rex. Barisan pemain pasukan tersebut akan diumumkan di masa terdekat ini.