League of Legends

Faker Memperbaharui Kontrak Bersama Dengan T1, Kini Merupakan Pemilik Bersama

1 tahun lalu

Faker Memperbaharui Kontrak Bersama Dengan T1, Kini Merupakan Pemilik Bersama

T1 (SKT T1) merupakan satu-satunya organisasi yang pernah disertai oleh Lee “Faker” Sang-hyeok di dalam kerjaya beliau sebagai pemain profesional League of Legends.

Beliau telah bersama dengan pasukan tersebut semenjak dari tahun 2013 lalu dan kini nampaknya tidak akan berpisah darinya selepas kontrak terbaru beliau bersama dengan organisasi tersebut menjadikan beliau pemilik bersama T1 Entertainment & Sports.

ESPN melaporkan bahawa Faker telah menandatangani kontrak baharu untuk bermain bersama dengan T1 selama 3 tahun sehingga 2022 ini, tempoh terpanjang yang dibenarkan oleh Riot Games. Kontrak tersebut juga menjadikan beliau pemilik bersama organisasi tersebut dan beliau juga telah bersetuju untuk memegang jawatan didalam organisasi usai beliau bersara dari menjadi pemain profesional kelak.

Bersama-sama dengan T1 (SKT T1), beliau telah berjaya menjulang tiga kejuaraan dunia dan pelbagai lagi kejuaraan lainnya.