League of Legends

Team Secret Mengambil Alih Pasukan Lowkey Esports Di Liga League of Legends VCS

Diterbitkan: 14/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Team Secret Mengambil Alih Pasukan Lowkey Esports Di Liga League of Legends VCS

Bacaan: < 1 minit

League of Legends menjadi permainan terbaru yang disertai oleh organisasi esukan Team Secret selepas mereka mengumumkan pengambilalihan pasukan Lowkey Esports yang bertanding di Liga Vietnam Championship Series (VSC).

Tahun lalu, pasukan itu berjaya melayakkan diri ke pusingan play-in bagi kejohanan League of Legends World Championship selepas menamatkan liga VCS musim panas 2019 di tempat kedua.

Team Secret League of Legends:

  • Hani, Coated (Top)
  • Dnk (Jungle)
  • Artifact (Middle)
  • Celebrity (Bottom)
  • Yin, Venus (Support)