Dota 2 Tempatan

PSG.LGD Ganti Ahjit Selepas Hanya 5 Hari Bersama

Diterbitkan: 14/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

PSG.LGD Ganti Ahjit Selepas Hanya 5 Hari Bersama

Bacaan: < 1 minit

Pada 7 Februari yang lalu, pasukan Dota 2 PSG.LGD mengumumkan bahawa mereka dan CDEC telah bersetuju melakukan pertukaran pemain diantara Ahjit dan Ame.

Perubahan ini dilihat adalah usaha PSG.LGD menambahbaik pasukan mereka selepas gagal melepasi pusingan kelayakan terbuka bagi Dreamleague Major tempoh hari. Namun begitu, usaha ini dilihat menemui kegagalan selepas hanya 5 hari berlalu, Ahjit kini tidak lagi menjadi pemain aktif pasukan PSG.LGD.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keputusan ini diambil selepas mengambil kira prestasi pasukan sewaktu mereka berlatih bersama. Oleh yang demikian, PSG.LGD bermain bersama dengan Li “ASD” Zhiwen pada pusingan kelayakan terbuka ESL Los Angeles Major bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ahjit.

Pertukaran saat akhir ini walaubagaimanapun tidak mampu memperbaiki prestasi pasukan itu apabila mereka gagal melepas pusingan kelayakan terbuka tersebut. PSG.LGD tewas kepada pasukan Blaze di pusingan empat terbaik.