League of Legends

Pasukan G-Rex Gaming Tarik Diri Dari Liga Pacific Championship Series

5 bulan lalu

Pasukan G-Rex Gaming Tarik Diri Dari Liga Pacific Championship Series

Belaum pun sempat musim sulung liga Pacific Championship Series bermula, sebuah pasukan kini terpaksa melupakan hasrat bertanding di dalamnya apabila selepas pasukan tersebut terpaksa menarik diri dari liga.

Pengendali PCS hari ini mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa pasukan G-Rex Gaming dari Hong Kong itu telah menarik diri daripada liga tersebut kerana penstrukturan perniagaan syarikat ibu mereka, Emperor Esports Stars Limited.

Oleh yang demikian, PCS akan mencari sebuah pasukan baharu bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh G-Rex. Maklumat lanjut mengenai penganti ini akan diumumkan pada masa akan datang. Sementara itu, tarikh bermulanya liga masih lagi menjadi tanda tanya selepas ia ditangguhkan tempoh hari akibat daripada wabak Koronavirus.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments