Dota 2

Valve Gantung Lebih 40 Ribu Akaun Pemain Dota 2

12/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Gantung Lebih 40 Ribu Akaun Pemain Dota 2

Bacaan: < 1 minit

Pembangun disebalik permainan Dota 2 hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengantung lebih 40,000 akaun pemain kerana kesalahan menyalahguna sistem pemadan pemain.

Penyalahgunaan sistem pemadan pemain ini termasuklah aktiviti seperti ‘boosting’ dan jual beli akaun. Kesemua akaun yang telah digantung ini akan menerima pengantungan jenis ‘game ban‘ dimana mereka akan dihalang daripada menyertai pelayan permainan dalam talian.

Dalam pada masa yang sama, Dota 2 juga telah menerima sebuah kemaskini baharu yang menambah sensitiviti sistem pengesanan akaun smurf. Sisem ini adalah bertujuan bagi mengesan corak permainan akaun baharu dan meletakkan mereka ke tahap sebenar mereka, sekaligus mengelakkan akaun baharu ini dari bermain dengan pemain baharu yang sebenar yang masih lagi tidak mahir bermain.