Valorant

Beberapa Info Mengenai Permainan FPS Riot Games, ‘Project A’ Didedahkan Penguji Awal

12 bulan lalu

Beberapa Info Mengenai Permainan FPS Riot Games, ‘Project A’ Didedahkan Penguji Awal

Pada sambutan ulang tahun ke-10 permainan League of Legends tahun lalu, Riot Games mendedahkan beberapa permainan yang sedang dibangunkan mereka termasuklah sebuah permainan penembak pandang pertama (FPS) dengan kod nama ‘Project A’.

Pada ketika ini, Project A diperlihatkan sebagai sebuah permainan FPS yang mempunyai asas permainan seperti Counter-Strike: Global Offensive namun mempunyai elemen skill seperti permainan Overwatch.

Terkini, Riot Games dilihat telah membenarkan beberapa individu yang telah mencuba menguji permainan tersebut untuk berkongsikan sedikit perkara mengenainya. Salah seorang penguji tersebut adalah HenryG, pengulas dan bekas pemain profesional bagi permainan CS:GO.

Melalui laman Twitter beliau, beliau berkongsikan bahawa Project A merupakan permainan tembak-menembak taktikal 5 lawan 5 yang pada asasnya menyerupai CS:GO namun mempunyai elemen karekter dengan kelas seperti permainan Apex Legends ataupun Overwatch.

Baca Juga :   Riot Games Mengumumkan Label Riot Forge Bagi Menerbitkan Permainan Berteraskan League of Legends Oleh Pihak Ketiga

Pada sesi ujian yang disertai beliau, mod permainan yang boleh dimainkan adalah ‘Max Round 12’ dan ‘Defuse/Search and Destroy’ dengan pasukan bertukar sisi pada pertengahan masa. Menurut beliau, pada umumnya abiliti yang ada pada permainan ini perlu dibeli pada permulaan permainan dengan ekonomi yang sama dengan sistem jual-beli senjata.

Abiliti dan kelas karekter ini juga lebih sesuai dilihat sebagai utiliti berbanding dengan skill yang terdapat pada karekter permainan lain, tambah beliau lagi. Pemain boleh bermain tanpa perlu bergantung pada abiliti yang ada.

Sistem ekonomi dan rekaan peta juga mengikut jejak langkah permainan CS:GO dimana peta direka dengan taktikal permainan di fikiran seperti ‘choke point’ dan bukannya dari segi visual sahaja.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments