Mobile Legends

Orang Esports Dan Makan Cendol Lepasi Pusingan Kelayakan MPL MYSG Musim 5

Diterbitkan: 09/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Orang Esports Dan Makan Cendol Lepasi Pusingan Kelayakan MPL MYSG Musim 5

Bacaan: < 1 minit

Pusingan kelayakan Malaysia bagi Liga Profesional Mobile Legends MY/SG Musim ke-5 telah berakhir hari ini memperlihatkan dua pasukan kini melayakkan diri ke musim tetap liga.

Orange Esports menjadi pasukan pertama melepasi pusingan kelayakan ini selepas membenam lawan mereka iaitu pasukan Darkhorse. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Orange Esports.

Berikut adalah barisan pemain pasukan Orange Esports:

  1. Mal
  2. Eren
  3. Silo
  4. Mom
  5. Cakbu
  6. Grengo

Sementara itu, pemilik slot kedua pusingan kelayakan Malaysia menjadi milik pasukan Makan Cendol yang menyingkirkan pasukan Honey Juana Clan dengan keputusan akhir 2-1. Berikut adalah barisan pemain bagi pasukan Makan Cendol:

  1. Artha
  2. Ax
  3. Raisyaa
  4. Tacuz
  5. SmoothJAGO
  6. Cuckoo

Kedua-dua pasukan Orange Esports dan Makan Celdol akan mara ke musim tetap liga menyertai 8 pasukan jemputan lainnya dan 3 pasukan dari pusingan kelayakan Singapura. Pusingan kelayakan bagi Singapura akan berlangsung pada 15-16 Februari depan.

Sumber: eGG Network/Moonton