Esukan

League of Legends Kekal Sebagai Permainan Esukan Paling Banyak Ditonton Pada Tahun 2019

08/02/2020 2 minit bacaan

Penulis:

League of Legends Kekal Sebagai Permainan Esukan Paling Banyak Ditonton Pada Tahun 2019

Bacaan: 2 minit

*Tidak termasuk data jam tontonan dari penduduk China.


Perlawanan separuh akhir diantara G2 Esports dan T1 (SKT T1) di kejohanan League of Legends World Championship pada tahun lalu memecahkan rekod tontonan serentak tertinggi bagi acara esukan dengan 3,985787 penonton.

Jumlah itu bukanlah satu-satunya rekod yang dipecahkan oleh acara tersebut dan ditambah lagi dengan peningkatan jam tontonan bagi liga-liga rantau mereka, menjadikan permainan League of Legends sebagai permainan esukan paling banyak ditonton pada tahun lalu.

League of Legends mengumpul jumlah tontonan esukan sebanyak 478.7 juta jam, 68% lebih banyak berbanding dengan pesaing terdekat mereka iaitu CS:GO. Dengan jumlah tonton sebanyak 284.3 juta jam tontonan, CS:GO berjaya menjadi permainan esukan kedua paling popular, memintas sebuah lagi permainan oleh Valve iaitu Dota 2.

Sumber: Esports Charts

Kejohanan IEM Katowice Major dan StarLadder Major Berlin menjadi kejohanan paling banyak ditonton komuniti CS:GO pada tahun lalu. Bagi permainan Dota 2 pula, walaupun tewas kepada CS:GO mereka hanya ketinggalan sekitar 2 juta jam tontonan sahaja dengan mengumpul secara keseluruhan 282.2 juta jam tontonan.

Kejohanan The International 2019 memperlihatkan peningkatan dengan kedua-dua jumlah penonton serentak dan jam tontonan berjaya memintas rekod tahun 2018. Namun begitu, acara-acara lain bagi permainan ini secara amnya tidak memperlihatkan peningkatan.

Takhta tiga permainan esukan paling popular ini bagaimanapun masih kukuh. Dengan peratusan berbezaan mencapai 246% diantara Dota 2 dan permainan esukan keempat paling popular, iaitu Overwatch, adalah jelas bahawa tiga permainan utama tersebut akan kekal menjadi pendahulu arena esukan bagi seketika lagi.

Overwatch League, acara esukan utama permainan itu mengumpul jam tontonan berjumlah 81.4 juta jam. Musim kedua liga ini gagal membawakan sebarang peningkatan jika dibangdingkan dengan musim pertama. Pusingan akhir bagi musim kedua hanya berjaya memperoleh 318 ribu penonton serentak di laman Twitch, lebih rendah berbanding dengan musim pertama yang berjaya memperoleh 349 ribu penonton serentak.

Sumber: Esports Charts

Di kedudukan kelima permainan esukan paling banyak ditonton, ia dimiliki oleh permainan mudah alih Arena of Valor. Acara esukan permainan ini berjaya memperoleh jumlah jam tontonan melebihi 72 juta jam diterajui acara AoV World Cup 2019. Ini memperlihatkan bahawa arena esukan mudah alih terus meningkatnaik dengan pantas, memberikan cabaran kepada permainan pc dan konsol.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *