Teamfight Tactics

Teamfight Tactics Memulakan Ujian Beta Tertutup Bagi Versi Mudah Alih

10 bulan lalu

Teamfight Tactics Memulakan Ujian Beta Tertutup Bagi Versi Mudah Alih

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pasukan pembangun bagi permainan Teamfight Tactics mensasarkan bulan Mac sebagai tarikh pelancaran versi mudah alih mereka (TFT Mobile). Di dalam pengumuman terbaru mereka, permainan itu kini mulai memasuki fasa ujian beta tertutup bagi beberapa negara terpilih.

Sudah tentu, neagra di rantau Asia Tenggara tidak termasuk di dalam senarai ini akan kerana sokongan mencipta akaun Riot Games masih lagi belum hadir pada ketika ini untuk pemain di Asia Tenggara. Namun begitu, anda masih lagi boleh mempelajari akan fungsi-fungsi yang bakal hadir bagi versi mudah alih ini kerana di dalam pengumuman yang sama juga, pihak pembangun telah berkongsikan beberapa perkara mengenainya.

Di pelancarannya kelak, TFT Mobile akan menyokong fungsi sosial asas seperti lobi, senarai rakan dan fungsi menjemput rakan bermain bersama. Bagi mereka yang mahu bermain secara kompetitif, sokongan permain ranking (ranked) dan pas kemajuan akan hadir sama.

Dari segi rekaan pula bagi menyuaikan permainan dengan saiz skrin yang lebih kecil, pihak pembangun telah hadir dengan rekaan yang lebih ringkas dan lebih mesra-jari. Sebagai contoh, TFT Mobile akan mempunyai butang khas bagi panel inventori item untuk pemain menguruskan item masing-masing. Perubahan yang sama juga boleh dilihat bagi kedai permainan, memberikan ruang permainan yang kemas namun masih lagi mudah untuk diakses.

Paparan skrin TFT Mobile.

Ruangan skrin yang terhad ini juga menyebabkan sokongan perbualan chat tidak akan disokong pada ketika ini. Pemain bagaimanapun masih lagi berinteraksi bersama pemain lain dengan menggunakan menu emote Little Legends.

Fungsi membeli kostum dan kosmetik lainnya juga tidak akan hadir semasa pelancaran dan hanya akan tiba pada masa akan datang. Bagi pemain di Asia Tenggara, oleh kerana versi mudah alih dan pc menggunakan dua akaun berbeza iaitu Riot Games dan Garena, barangan kosmetik dan kandungan lainnya tidak akan disegerakkan diantara kedua versi tersebut.

Sokongan bermain di peranti tablet juga tidak akan tiba semasa pelancaran dan akhir sekali, pihak pembangun juga memakluman tiada perancangan pada ketika ini untuk membangunkan TFT bagi konsol Switch. Selain daripada itu corak permainan, sistem dan kemaskini gameplay patch adalah sama bagi kedua-dua versi pc dan mudah alih.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments