Esukan Tempatan

Mineski Events Team Malaysia Berpisah Dari Mineski Global, Kini Dikenali Sebagai IO Esports

10 bulan lalu

Mineski Events Team Malaysia Berpisah Dari Mineski Global, Kini Dikenali Sebagai IO Esports

Mineski Events Team Malaysia hari ini melalui siaran akhbar yang dikeluarkan mengumumkan bahawa mereka kini telah berpisah daripada syarikat ibu, Mineski Global dan akan beroperasi secara mandiri dengan jenama baharu iaitu IO Esports.

Menurut Kenchi Yap, CEO bagi IO Esports keputusan ini diambil selepas mengambil kira perbezaan halatuju strategik syarikat tersebut bersama dengan Mineski Global. Walaubagaimanapun, IO Esports akan kekal menguruskan rangkaian kafe siber Mineski Infinity menerusi perjanjian francais yang berasingan.

IO Esports akan meneruskan aktiviti utama mereka sebagai penganjur acara esukan di Malaysia selepas ini. Mereka juga merancang untuk mendedahkan peta halatuju baharu syarikat tersebut bagi tahun 2020 ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments