Dota 2

Dendi Umum Barisan Pemain Pasukan Dota 2 Bagi Organisasi B8 Beliau

07/02/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Dendi Umum Barisan Pemain Pasukan Dota 2 Bagi Organisasi B8 Beliau

Bacaan: < 1 minit

Akhir Januari lalu, Danil “Dendi” Ishutin secara rasminya mendedahkan penubuhan organisasi esukan tersendiri beliau iaitu B8 (B8 Esports).

Dalam perkembangan terkini, beliau kini telah mengumuman senarai pemain bagi pasukan Dota 2 organisasi tersebut. Skuad ini akan diketuai beliau sendiri yang akan bermain di posisi mid. Berikut adalah senarai penuh pasukan tersebut:

  1. Alexandr ‘pio65’ Zalivako
  2. Danil ‘Dendi’ Ishutin
  3. Andrey ‘Ghostik’ Kadyk
  4. Rinat ‘KingR’ Abdullin
  5. Nikola ‘LeBron’ Popović

Melalui video terbaru mereka, Dendi turut mendedahkan baharu pasukan itu sebenarnya disertai oleh Zaur “Cooman” Shakhmurzaev yang kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan pasukan tersebut walaupun pasukan itu telah berada di kem latihan mereka.

Keputusan tersebut diambil beliau selepas menerima jemputan untuk bermain bersama dengan Virtus Pro. Ini menyebabkan B8 terpaksa mencari penganti beliau disaat akhir.

Dalam pada masa yang sama B8 turut mengumumkan kerjasama bersama dengan Rivalry yang akan menjadi penaja utama organisasi tersebut.