Esukan Tempatan

Capital City Mall Akan Menjadi Lokasi Penganjuran Acara Esukan Di Temasya SUKMA XX

10 bulan lalu

Capital City Mall Akan Menjadi Lokasi Penganjuran Acara Esukan Di Temasya SUKMA XX

Untuk pertama kalinya di dalam sejarah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA), acara esukan akan dipertandingkan sebagai acara rasmi berpingat.

Menjelang bermulanya temasya SUKMA XX di Johor pada 11 sehingga 19 Julai depan, sedikit demi sedikit perincian mengenainya kini didedahkan kepada umum. Bagi acara esukan, pihak penganjur dilihat telah memilih pusat membeli belah Capital City Mall yang terletak di Tampoi sebagai lokasi pertandingan.

Foto oleh : Chongkian

Bagaimanapun, jadual lengkap yang lebih terperinci mengenai acara ini masih lagi belum didedahkan dan dijangka hanya akan hadir menjelang hampirnya temasya tersebut kelak.

Acara SUKMA XX ini akan mempertandingkan tiga judul permainan esukan iaitu Dota 2, Pro Evoluution Soccer (PES) dan Mobile Legends Bang Bang. Persatuan-persatuan esukan negeri masing-masing bermula pada bulan Julai 2019 lalu telah mengadakan pusingan kelayakan masing-masing bagi mencari wakil negeri mereka.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments