Dota 2

Dota Pro Circuit Dilaporkan Bakal Mengubah Minor Kepada Sistem Liga Bermula Musim Hadapan

5 bulan lalu

Dota Pro Circuit Dilaporkan Bakal Mengubah Minor Kepada Sistem Liga Bermula Musim Hadapan

Bermula pada musim 2020/2021 depan, Valve dilaporkan bakal memperkenalkan perubahan besar terhadap sistem Dota 2 Pro Circuit.

Pada ketika ini, antara permasalahan yang sering diketengahkan oleh komuniti mengenai sistem DPC adalah kesukaran bagi pasukan kelas kedua dan kebawah untuk ‘hidup’ di dalam sistem yang terlalu memberikan keuntungan kepada pasukan kelas atasan.

Sistem DPC yang bersifat terbuka juga menyebabkan pemain lebih gemar bertukar pasukan dari kejohanan ke kejohanan kerana ia lebih mudah berbanding cuba menjayakanpasukan sedia ada. Ini menyebabkan ketidakstabilan terutamanya bagi pasukan kelas kedua dan menakutkan para penaja dari menyertai sistem DPC ini.

Hasil dari ketidakstabilan ini, kejohanan Minor juga tidak mendapat perhatian komuniti kerana kekurangan daya penarik yang dipunyai oleh pasukan atasan, menambah buruk lagi keadaan.

Valve bagaimanapun tidak berdiam diri dan bermula pada musim hadapan dilaporkan akan melakukan beberapa perubahan bagi memfokuskan kepada pembangunan dan kestabilan pasukan kelas kedua ini. Valve dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama beberapa wakil pasukan di pejabat mereka di Seattle baru-baru ini. Bagi musim 2020/2021, Valve akan mengurangkan jumlah kejohanan bertaraf major kepada tiga, berbanding lima pada ketika ini.

Kejohanan major yang menjadi pasangan kepada kejohanan major pada ketika ini juga akan diubah kepada sistem liga rantau dengan dua kelas tersendiri. Liga ini akan menjadi haluan bagi para pasukan untuk melayakkan diri ke kejohanan major. Liga ini dijangka akan dimulakan secara dalam talian.

Berbeza dengan sistem liga lainnya di dunia esukan yang kerap menggunakan sistem francais, Valve masih memilih untuk mengekalkan sistem keterbukaan mereka. Walaubagaimanapun, pasukan-pasukan baharu hanya mampu melayakkan diri ke liga kelas kedua sahaja. Sistem penaikan/penurunan (promotion/relegation) kemudiannya akan digunakan bagi menentukan pasukan di liga kelas pertama dengan dua pasukan teratas di liga kelas kedua dinaikkan ke kelas pertama dan sebaliknya bagi dua pasukan terbawah di liga kelas pertama.

Selain daripada penentuan slot kejohanan major, liga ini juga akan mempengaruhi jumlah mata DPC yang akan diperoleh oleh pasukan bagi menentukan senarai pasukan jemputan untuk kejohanan The International.

Sumber: Liquiddota

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments